Want your
own Fotopage?

























 
Masriyah FotoPage

By: masriyah yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-May-2008 12:47 Email | Share | | Bookmark
WARNA WARNI..

 
 
 
 
 
Inilah yang dikatan warna warni..semua colour ada, sesuai dengan musim spring (bunga ) sekarang ini..



Quote:
KEK LAPIS

Bahan

5 biji telur
11/2 cawan gula
1 cawan butter cairkan
1 cawan susu cair
1 sudu besar ovellet
1 sudu besar vanila
3 cawan tepung self raising flour ayak
pewarna ikut suka

Cara

1.Pukul telur dan gula sampai kembang kemudian masukan ovellet dan pukul lagi.
2.Masukan susu berselang seli dengan tepung sampai habis, kemudian masukan vanila dan pukul lagi.
3.Bahagikan kepada 3 mangkut dan bubuh warna ikut kesukaan masing-masing.
4.Sapukan butter pada loyang 4 segi..kemudian sendukan dalam 1senduk dan ratakan.
5.bakar guna kaedah grill..masak satu lapis kemudian lapiskan lagi..ulangi sampai habis.
6.Bila sejuk barulah dipotong.





Suka-suka buat projek kek diwaktu lapang.. lagipun anak-anak suka kalau letak cream kat atas kek..






salam, thanks for the wish...happy teacher's day to u too coz u are the teacher to ur kids and cooking teacher in FP Fri 16-May-2008 17:21
Posted by:guru unpaid leave  - [Link]
wah cantiknya kek lapis tuuuuu...... saya bab kek lapis mmg surrender... malas..... amboi, tertawan saya tgk paku pakis tu.... segar mata memandang...
ps: happy belated mother's day to u...........
Fri 16-May-2008 18:53
Posted by:kamalina  - [Link]
Salam, cantik kek tu...tentu sedap, rajinnye yah melapis ye..
Kakak tang lapis melapis yg maleh tu. Kalau boleh bancuh, masuk bekas, bakar.
Dah tu makan tah payah deco2 pun.
Fri 16-May-2008 23:05
Posted by:kak anum alfahanum@yahoo.co.uk  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Wednesday, 14-May-2008 13:12 Email | Share | | Bookmark
MENTARI DAHH BERSINAR...

 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...
Spring itu memang indah sekali...
















suka spring..sbb tk sejuk tk panas..tp kt sini spring pun dh terik...cantiknya tulip..secomel model2 kak yah.. Thu 15-May-2008 18:38
Posted by:soulha,cairo shibshi07@yahoo.co.uk  - [Link]
rindu musim bunga kat UK tu.... Fri 16-May-2008 03:00
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
waktu spring memang cantik.............. colourful je.....
ps; semakin cantik la deco kat bawah ni...... roses pun lawa sgt..... saya bab roses ni kureng mahir......kena belajar lagi....
Fri 16-May-2008 18:59
Posted by:kamalina  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Monday, 12-May-2008 17:05 Email | Share | | Bookmark
MEE HAILAM DAN UDANG GORENG KUNYIT

 
 
 



MEE HAILAM

Bahan-Bahan
mee kuning (kita guna spaghetti)
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
2 ½ cawan air
isi ayam
6 ekor udang sederhana besar
1 batang carrot
1 pokok sawi, dipotong
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
2.Kemudian masukkan air, sos tiram dan kiub ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan ayam dan udang
3.Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa.
4.last sekali masukan sayuran ..bolehlah diangkat..




Bila dah tak ada idea nak masak apa..masak jee yang simple-simple hehe..ini dia, udang goreng kunyit..


waduh kak mas....cedapnya
sampai terbau2 kat bangi ni kak
Wed 14-May-2008 07:03
Posted by:dOd  - [Link]
yah, lapar perut nur tengok mee hailam tu...tengok udang yg berderet2 lagi tak senang
duduk kita dibuat nya...nampak sedap aje...nanti yah tinggalkan nur okay!
Wed 14-May-2008 10:12
Posted by:Nur  - [Link]
sedapnya mee hailam, bahan2 pun simple..nak buatla nanti. simple xpe janji sodap,,, Wed 14-May-2008 11:59
Posted by:zaiy  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Monday, 12-May-2008 11:00 Email | Share | | Bookmark
SUNYINYA!!!.. CITY OF BRADFORD

 
 
 
View all 5 photos...
Hampir 3 1/2 tahun kita di Bradford ini...baru semalam sempat kita ronda-ronda di city of Bradford nii ...biasanya kita keluar shopping dan terus balik ...semalam kita keluar berdua jee, dengan anak sulung yang lain tinggal dirumah ...bertapa sunyi dan sepinya kalau hari minggu..tak dapat bayangkan kalau tinggal kat Perak dahulu, kalau hari minggu ke Ipoh jalan penuh sesat...ini city Bradford lain pula... sunyi sepi munggkin pada hari minggu manusia disini tidurr .











bile la daku nak smpi UK nih..ishk..ishk.. Tue 13-May-2008 01:46
Posted by:jasmeen  - [Link]
selama duduk kat uk, tak ingat lak whether pernah sampai ke bradford. tapi rindu kat manchester n sheffield...
hari ahad pagi selalunya city ctr lengang coz omputih masih tido, nursing hangover lepas clubbing mlm sebelumnya! tak pun, deme dah pegi car boot sale awal2 lagi!
Tue 13-May-2008 03:36
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
~kak masriyah dulu dok ipoh, perak?? kat mana tu? saya orang ulu kinta, perak..
~bestnya jalan-jalan waktu camni..tak sesak dengan manusia
Tue 13-May-2008 06:41
Posted by:shariza  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 8-May-2008 09:26 Email | Share | | Bookmark
Kek Lapis Pandan Dan Deco cc kali ke 2.

Kek lapis pandan
 
 
View all 5 photos...
Ini pertama kali, kita cuba buat kek lapis nii..hasilnya tak seberapa..dan insyaAllah akan dicuba lagi sampai jadi cantik .. macam di blogs dan di fp kawan-kawan yang lain juga.. Resipi ini kita ambil daripada my resipi..terima kasih banyak kepada tuan empunya resipi yang menarik ini.. .kita buat separuh adunan sahaja, daripada resipi asal.



KEK LAPIS PANDAN
(Sumber my resipi )

Bahan-Bahannya
300 g mentega
250 g tepung Hong Kong (saya guna self raising flour)
250 g gula halus
200 ml susu sejat*
1/4 cawan air*(*disatukan)
1 paket santan serbuk
10 biji telur
1 1/2 camca besar ovallate
1 camca teh pandan paste

Cara membuatnya

1.Putar mentega hingga putih, ketepikan. Dalam mangkuk adunan yang bersih, putar gula dan ovallate hingga bergaul. Masukkan kuning dan putih telur, putar hingga kembang.

2.Satukan tepung bersama santan serbuk, gaul rata. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dgn susu tadi hingga habis. Masukkan mentega dan pandan paste, gaul hingga rata dan sebati. Ketepikan.

3.Panaskan oven pada suhu 175C, gunakan fungsi "grill" (suhu bergantung pada oven masing2). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak.

4.Sudukan 5 camca besar adunan kek ke dalam tin, ratakan dan grill 5 minit atau hingga kuning keemasan. Masukkan 5 camca besar adunan, ratakan dan buat kaedah sama sehingga 4 lapisan. Jika ada gelembung udara, cucuk dgn lidi sate, dan tekan sedikit menggunakan belakang sudu ulangai samapi habis.

5.Sejukkan sebelum dipotong, pastikan memotong kek secara melintang ...Selamat mencuba.


Ini projek cupcakes pada cuti-cuti sekolah yang lepas ....buat cc ini memang asyik sekali..lagipun anak-anak suka sangat dengan cc yang ciutt -ciutt macam ginii.. .




DECO CC KALI KE 2


SELAMAT HARI IBU

Quote:
Selamat Hari ibu.. buat ibu yang tersayang yang berada di kelantan dan ibu mertua yang berada di Perlis..walaupun jauh beribu batu nampun tetap dihati..


Kad ini datangnya dari sahabat kita yang berada di Politeknik Semambu Kuantan iaitu adik Farha ..terima kasih banyak kerana menghadiahkan kad yang istemewa ini..Selamat hari ibu buatnya semoga menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak tercinta.



Kad yang kedua ini datangnya dari sahabat kita iaitu Madiha ..terima kasih kerana menghadiahkan sejambat bunga yang cantik ini..selamat hari ibu buat Madiha semoga kita sama-sama menjadi ibu yng terbaik.








SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU

Dan untuk semua pengunjung fotopages kita yang tersayang..

salam kak Yah....
Happy Mother's Day buat akak yer.....
re: tak cuba lagi guideline youtube yg kak yah kasi tuh....nnt wanzee cuba dulu....
Sun 11-May-2008 08:31
Posted by:wanzee  - [Link]
* SELAMAT HARI IBU...*
semoga akak berbahagia disamping keluarga tersayang..
wow.. makin mengancam deco cc.. sedapnyer kek lapis pandan tuh..
Sun 11-May-2008 09:19
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
Happy Mothers Day

Bestnye tgk kek lapis pandan tu..
Wed 14-May-2008 05:29
Posted by:.::diba::.  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Wednesday, 7-May-2008 16:40 Email | Share | | Bookmark
Tag!!..Tag!!..Tag!!..Dan Hadiah

 
Tag...1

Quote:
tag ni dtg dari Puan Seri CtNik kita tuh..

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
(7 facts about me


~~Berkahwin pada usia 22 tahun..dan mempunyai 4 orang anak..3 perempuan dan 1 lelaki.

~~Suka masak memasak hehe.. kalau tak masak nak makan apa ye, tinggal negeri orng nii...

~~Suka berkawan dan tak memilih kawan tak kira bangsa

~~Suka sangat kalau diajak shopping...terutama bab pinggan mangkut.

~~suka mengadap internet dan tengok apa kawan-kawan masak... hehe study pasal makanan katakan ,lepas tu, kerja rumah langsung tak jalan.. rumah bersepah sepah..

~~Suka dengan pokok tumbuhan.. terutama pokok yang mengeluarkan hasil dan pokok bunga yang cantik-cantik..

~~Suka buat kek ..kalau tak jadi..tak berpustus asa.. cuba sampai jadiii dan cantik macam orang lain buat juga..

Kita nak pass kan tag ni pada 7 org kesemuanya sapalah yang akan menjadi mangsa yang seterusnya ye .. . ..Okalah keputusanya, kita malaslah nak tag sapa-sapa..


Tag ke 2.

Tag ini dari Puan Seri CtNik kita juga

Quote:
Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Untuk TAG ini, anda perlu:

1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/ Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.
2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.
3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

So kita pass pulak tag ni kpd:
1. Sue mama sofwat
2. Nur
3. Zaiy


Tag ke 3..Peti ais ..coming soon ok..harap Shima bersabar..

Award lagi..



Dan ini pulak award yg kita dapat drpd Jiran kita terharu kita menerimanya, terima kasih ye dan diucapkan Selamat Hari Ibu buatnya dan semua insan yg bergelar ibu, Award ni kita nak kongsi bersama dgn:

1.Ana
2.Nur
3.Madiha
4.Kak Anum
5.Intan
6.Umi Kal
7.Zanaz
8.Kepada semua pengunjung fotopages kita, yang bergelar ibu dan namanya tidak terdapat disini.



Salam Masriyah
Cammana lah nak pakai baju lit lat dan kasut tumit tinggi.
Dah lah panas, batu dan pasir je kat sini ni ha.....
Terpelecok lak kaki nnt.
Walau bagaimana pun t.kasih lah kerana nak berkongsi award ngan kakak ni.
Selamat hari ibu.
Thu 8-May-2008 11:00
Posted by:kak anum alfahanum@yahoo.co.uk  - [Link]
yah.. terima kasih.. dah pun ku tepek difp ku...
jom dtg amik roses bouquet kat 'umah' madiha pulak...
happy mother's day & have a nice weekend
Fri 9-May-2008 03:54
Posted by:MaDiHa  - [Link]
ALAHAIII MASRIYAH CANTIK SEKALI BILA NAK BUAT SECANTIK NIE ANYWAY SELAMAT HARI IBU SOLEHAH Fri 9-May-2008 13:29
Posted by:azura asri  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Sunday, 4-May-2008 08:12 Email | Share | | Bookmark
ACAR BUAH,ROSEMARY BBQ CHICKEN DAN HADIAH

 
 
 
View all 6 photos...
Resipi acar buah ini adalah resipi dari buku majalah keluaran Anis..oleh kerana banyak bahan yang tidak cukup jadi kita guna apa yang terdapat dirumah kita jee..buahnya seperti dibawah.



Quote:
ACAR BUAH (mengikut resipi asal)

Bahan
1 kg.jeruk limau kasturi
250gm.buah prun
250gm.mangga kering dihiris halus
250gm.apricot kering
250gm.kurma cina
250gm.bidara kering
500gm.isi lobak putih dipotong dadu
1 cawan kismis
2 cawan cuka cider
1 cawan minyak jagung
1 botol sos cili

200 gm cili kering yang sudah dimesin
1 kg.bawang besar dikisar
2 labu bawang putih dibelah empat dan dicelur dengan air panas
sebuku halia dimayang halus
1 keping gula melaka
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.satukan jeruk dan buah kering didalam satu bekas
2.Panaskan minyak jagung..masukan bawang putih dan halia hingga kekuningan angkat dan ketepikan.
3.Tumiskan bawang besar dan cili kering yng sudah dimesin hingga mendidih.kemudian masukan cuka,sos cili,gula melaka dan garam secukup rasa.
4.Masak hingga bahan garing.Perlahankan api ..masukan jeruk dan buah kering kacau rata.
5.Sesuaikan rasanya.kemudian boleh diangkat.



**** Saya buat sedikit sahaja jadi bahan-bahanya main agak-agak dan buahnya buat apa yang ada kat rumah jee****]



Tertarik dengan ayam golek kat rumah Mamasya ..nak ku capai tak dapat-dapat, cuma yang dapat telan air liur jee jadi kitapun buatlah ayam bakar nii.. cara posing ayam nii taklah seksi sangat, sebab kita letak dia mengiring sedikit..bagi nampak sopan



ROSEMARY BBQ CHICKEN

bahan A:
1 ekor ayam

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
1/2 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu jintan manis
1 s/b lada hitam


Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
1 paket serbuk bbq marsala
2 sudu besar rosemary kering
kunyit serbuk

Cara
1. Ayam dibersihkan dan toskan kering.
2. Perapkan semua bahan bersama ayam selama beberapa jam.
3. Masukkan ayam yg telah direpakan dan kentang hiris dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar sampai masak.

Nak bagi nampak sopan lagi kita taruk sos kat atasnya..




Dan ini hadiah dari Niza yang berada dekat London..terima kasih banyak kerana menghadiahkan bunga tulip yang cantik ini..




salam kak,slmt mlm...busy ke?jom terbang ke umh ct mlm ni,ambik tugasan lagik.. Tue 6-May-2008 21:53
Posted by:ctnik  - [Link]
ayam golek tuh nmpak sedap.. Wed 7-May-2008 05:43
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
salam...bila dah dapat hadiah, ambik lak award kat 13 springwood pulak Wed 7-May-2008 09:47
Posted by:hajar  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Tuesday, 29-Apr-2008 10:17 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan Cuci Mata Ke Lake District

 
 
 
View all 16 photos...
Minggu lepas,sabtu 26 April kami ikut trip/rombongan Universiti ke Lake District .Ikut trip ni jauh lebih murah dari pergi sendiri.... . ada 5 buah bas kesemuanya yang disewa oleh universiti,yang ramainya student asing termasuklah kami .. .Perjalanan memakan masa selama 2 jam.Bertolak pukul 9.00 pg. sampai sana jam 11.00 pg..


Sepanjang perjalanan pemandangan sangatlah cantik,terutama ladang kambing biri-biri dan lembu ,sejuk mata memandang... antara gambar yang kami ambil semasa didalam bas..





Bas turunkan kami kat Lake District untk menaiki feri. .
Naik feri jam 12.30 tgh...lepas makan-makan dan ,jalan-jalan di sekitar tasik....Pemandangan kat sini cantik sekali..jadi sempatlah posing-posing dulu sebelum menaiki feri hehe..





Pejalanan dengan menaiki ferry ke Pekan Bowness Windemere memakan masa selama 40 minit..
sepanjang didalam feri...pemandangan dikiri dan kanan memang cantik sekali..dan dikatakan tasik ini adalah tasik yang tercantik dan terpanjang di UK...









Dan dibawah sekali ini adalah gambar semasa dekat city..dan ditepi tasik mendemere..nasib tidak menyebelahi kami..hujan turun dengan lebatnya..jadi tak sempat nak jalan kesemua tempat yang menarik ..




Inilah tempat kami menghabiskan masa dan berteduh...sementara menunggu jam 5 petang untuk bertolak balik ke Bradford.



Jadi kesimpulannya..dekat Lake District nii sentiasa hujan..bukan tahun ini sahaja ,tahun yang sebelumnya pun sama..

suka tengok gambar loving couple tu Wed 7-May-2008 08:53
Posted by:shariza  - [Link]
br laa nampak muka akak...ke intan yg x perasan sblm2 nih ada..ahaks..best kan berjln2..leh terbang segala tensi di hati..ecewah...ehhehe.. Wed 7-May-2008 10:07
Posted by:nabialishad  - [Link]
Mas ke dalam gambar tu first time tengok auntie tengok Thu 8-May-2008 09:19
Posted by:umi-kal  - [Link]
View all 29 comments Add comment


Sunday, 27-Apr-2008 18:18 Email | Share | | Bookmark
DALAM BUAH ADA MADU ???..

Buah Bael
Isinya...
Inilah madunya...
Hari ni kita nak rehat sekejap tentang makanan, nak cerita pasal buah yang unik ini....
Inilah buah yang kami beli di Kedai Bangladesh yang dipanggil buah 'bael' atau 'bel'. Sebiji buah ini dalam ringgit lebih kurang RM 20. Kata hubby, buah ini satu keluarga dengan buah 'belinggai' yang banyak ditanam di Perlis. Tapi rasa buah bel macam 'oren' sedikit, lebih sedap dari buah belinggai.


BAEL FRUIT

Kulit buah ini keras macam kayu. Di India ia di kenali sebagai 'Poor man's food'. Ini adalah kerana ia tahan berbulan-bulan. Ia juga digunakan oleh pedagang-pedagang zaman dahulu ketika belayar. Mengikut artikel dalam internet, buah ini mempunyai hasiat untuk mengubat sakit perut.




Yang menariknya, terdapat madu yang mengelilingi biji-bijinya di dalam setiap rongganya. Biasanya madu terdapat di bunga, tetapi ini di dalam buah . Malangnya madu tu taklah manis seperti madu biasa... .


Eeemmm pelik tul buah nie...kan...abis tu nak mkn plak cam ner tu???mkn isi yg kuning tu ke??apa rasanyer??? Tue 29-Apr-2008 07:43
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
eeeee.. peliknya buah ni..tak penah tgk la pulak.... ni la 1st time tgk.. siap ada madu kat dlm tu..mmg ajaib.. Wed 30-Apr-2008 14:47
Posted by:kamalina  - [Link]
unik ni. selamat dok kat sheffield dulu, tak pernah lak tgk buah ni kat kedai bangla bazaar dekat rumah tu..
ps: salam perkenalan..
Thu 8-May-2008 04:55
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Wednesday, 23-Apr-2008 09:36 Email | Share | | Bookmark
Touch Of Nature Dan Cupcakes

 
 
 
View all 4 photos...


Bunga kantan ini kita terima dari tujuh orng sahabat iaitu Kak Jie , Auntie Umi-Kal , Shima , Che De Sam , Kak Rus , Mira dan Zaiy .Terima kasih banyak kerana memilik kita untuk menerima bunga kantan yng cantik berseri ini..semoga persahabatan kita terus berkekalan dialam fotopages ini.


***** Bagi meneruskan bunga kantan yang harum mekar ini, saya tujukan khas buat semua pengujung fotopages saya... yang tersayang dan jangan lupa bawa balik bunga kantan ini... untuk digantung dirumah masing-masing.****



Semalam kita cuba belajar deco-deco cupcakes ..dan ditemani oleh jiran kita iaitu Kak Haiza, Eee dan Lindasham...saja suka-suka, bukannya pandai sangat nak mendeco nii..tetapi sekadar untuk melepaskan geram dan testing nozzle yang baru dibeli hehe..
Dan dibawah ini adalah hasil kerja kita.. walaupun tak seberapa namun tetap berpuas hati anak-anak kata cantikkk ... .




Pokok yang menjalar..main hentam jee



Sekuntum rose yang colour pink.


wahh..kreatiflah akak nih..kalau zira kan mmg failed lah bab kek² nih Sun 27-Apr-2008 02:22
Posted by:zira  - [Link]
Memang cantik deco Madiha...esp tang bunga rose tu...ma juga yang tak reti reti buat lagi... Mon 28-Apr-2008 04:15
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
salam kak yah.....
cantik2nye cupcakes yg akak deco tuh....nmpk berseni tgn akak gubah bunga rose tuh.....
Mon 28-Apr-2008 22:19
Posted by:WanZee  - [Link]
View all 27 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.