Masriyah FotoPage - - Fotopages.com
Cantiknya!!! Roses
STRAWBERRY PICKING AT HAREWOOD FARM
Ini buah Rasberry yang terdapat di ladang ini.
Ini Pula Blackcurrant
Antara sayur yang ditanam disitu
Antara aksi diladang Strawberry.. :-D
Sebelum berangkat pulang pukul 1 tengahari sempat berkelah dulu dekat carpark nii.. :-D
Tinggal kenangan  Harewood Farm.
Jalan-Jalan Ke York
Detik Indah 26 June.
Nasi Warna Warni,Ayam Percik Dan Bunga
Bunga ini memang cantik  tapi tak tahu pulak namanya.
Bunga tulip memang cantik .
Ini pokok Strawberry hasil tanaman Hubby ....kali kedua pokok strawberry ini berbuah..Alhamdullilah tahun ini lebat betul buahnya...rezeki kami untuk merasanya hehe.. :-D
NASI WARNA WARNI
Bahan-bahan
4 pot beras basmathi rendam 1 jam dan toskan
3 cawan air
3 labu bawang besar - kisar
5 biji bawang merah- kisar
1 ulas bawang putih-kisar
2 inci halia - kisar
*3 kuntum bunga cengkih, *2 inci kayu manis
*3 biji buah pelaga, *3 kelopak bunga lawang
1 cawan susu segar
1 s/k garam
pewarna hijau ,merah dan kuning-
1 senduk minyak sapi atau guna butter
Bahan hiasan:
bawang goreng,kismis
Cara
1. Panaskan periuk rice cooker masukan butter atau minyak sapi masukan bahan kisar,bunga cengkih,kayu manis dan bunga lawang sampai wangi.
2. Masukkan air,garam dan susu.Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan pindahkan periuk spt biasa.
4. Bila nasi hampir kering, buat 3 lubang di tengah nasi dan tuangkan tiap pewarna pada tempat yg berlainan dan tutup kembali lubang.Tutup periuk dan biarkan betul-betul masak.
5. Setelah masak,kacau rata-rata untuk mencampurkan warnanya.
Hidangkan dengan kismis dan bawang goreng.
AYAM PERCIK
Bahan-bahan
1 ekor ayam [potong 4 ]
1 tin santan pekat
2 keping asam jawa
1 s/b gula
garam secukup rasa
bahan mesin halus
10 cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
2batang serai
Cara Memasak
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung gandum pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, dan asam keping sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.
inilah satu set hidangan..nasi warna warni,ayam percik dan acar.
Bradford Family Day Picnic at Bolton Abbey
antara xtvt yang diadakan.
Meriahnya bulan june..
Nasi Beriani Udang, Apam Tapai Beras Dan Vadai
NASI BERIANI UDANG
Resipi nasi beriani udang ada http://mamasya.fotopages.com/?entry=1528945( disini ) .Terima kasih banyak kepada tuan empunya resipi yang  ini.
APAM TAPAI BERAS
APAM TAPAI BERAS
Bahan A
1 mug tepung beras ] ayakkan
1 mug tepung gandum ]
1 1/2 mug gula
1/2 s/kecil yis mauripan
Bahan B
1 mug tapai nasi
1 1/2 mug air
pewarna ikut suka
kelapa parut [muda] ]
garam ] gaulkan
Cara
1. Gaulkan bahan A sama rata.
2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
3. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
4. Masukkan satu warna dalm setiap mangkuk.
5. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam
6. Panaskan kukusan sehingga air mendideh.
7. Tuangkan adunan sehingga penuh acuan/mangkuk yg digunakan.
8. Kukus selama 10 - 12 minit.
9. Bila telah masak sejukkan.
10 Keluarkan kueh dan hidangkan bersama kelapa parut yg telah digaulkan dengan kelapa.
VADAI
KE... DUBLIN
Bermalam dua hari disana dan bertolak balik pada 9 Jun jam 9.45 pagi dari Airport Dublin.
Hari Pertama Di Dublin..
Bersama tuan rumah kak Tini..terima kasih banyak buat keluarga Kak Tini dan En.Shuib yang sudi menumpangkan ... selama 2 hari kami disana  ;-) .
Hari Ke Dua..
Bila dah letih berjalan.. singgah makan dekat Supermac's nii ...pekerjanya hampir semua orang Malaysia. :-D
Buah tangan sebagai kenangan dari Dublin.
Dalam kenangan..
Laksa Penang Dan Puding Sagu
LAKSA PENANG
Bahan-Bahan:
1 Peket laksa kering (Masak sampai lembut )
1/2 kg ikan kembung ( saya guna ikan tuna dalam tin )
6 biji bawang merah
1 batang bunga kantan (dibelah empat)
3-4 keping asam gelugur
1 sudu makan belacan yg telah dibakar/goreng tanpa minyak
4-5 sudu makan cili kering (buang biji) yg telah siap dimesin (boleh tambah kalau mahu pedas)
daun kesum
1/2 labu bawang besar (dihiris)
6 gelas air
Garam secukup rasa
Ulam
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)/kubispun boleh
1/2 labu bawang besar (dihiris)
4 biji telur rebus
5 biji limau
cili besar/cili padi
Cara:
Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping hingga masak. Buangkan tulangnya ikan. kisar isi ikan dengan belacan dan bawang merah hingga halus.Masukkan bahan kisar dlm periuk,asam keping dan cili kering tadi, masak hingga mendidih. Tambahkan air dan biarkan mendidih, masukkan bawang besar, bunga kantan, daun kesum dan garam. Biarkan mendidih selama 30 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas2 , letakkan ulam-ulaman.dah siap utk dimakan..
Sebagai penyejuk tekak musim panas nii ...kita buatkan puding sagu...walaupun simple tapi memang sedap .. :-D
PUDING SAGU
Bahan
1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
sedikit pewarna hijau
Cara
1.Masukan air dlm periuk sampai mendidih kemudian masukan sagu kacau sampai masak
warna putih tidak kelihatan.
2.Masukan gula dan pewarna dan bancuhan tepung jagung kacau rata angkat dan masukan dlm     acuan dan biarkan sejuk.
Untuk Sos Kastard
Bahan
1/2 tin susu cair
1sudu besar tepung kastard bancuh dengan 1/2 cawan air
4 sudu besar gula pasir
1/2 sudu perasa vanila
cara
1.Satukan semua dalam periuk dan masak diatas api yng perlahan sampai mendidih dan angkat.
2.Hidangkan dengan sagu yng telah sejuk tadi.
silakan.. :-D  :-D
SATEY AYAM DAN STRAWBERRY CHEESE CAKE
SATEY AYAM
Ini adalah xtvt masa cuti sekolah minggu lepas...memandangkan cuti sekolah kami tak kemana-mana ...apalagi kerjanya masak dan makan... hehee projek membesarkan badan yang tak habis-habis.. LOL untuk resipi satey bolehlah lihat http://mariha.fotopages.com/?entry=1362794( disini )
STRAWBERRY CHEESE CAKE
Strawberry cheese cake ini juga dibuat pada minggu lepas...tak sempat nak hias dengan fresh cream dan simpan semalaman pun, siap terus jee licinn....semuanya kata sedappp... :P Terima kasih banyak kepada http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1071140( Kak Liza ) kerana sudi berkongsi resipi kek yang sedapp ini...resipi ini saya copy dari fp Kak Liza terima kasih banyak ye .
STRAWBERRY CHEESE CAKE
SUMBER http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1071140( Kak Liza )
Bahan A [Crust]
200 gm biskut chipsmore
80 gm butter
Cara
1. Biskut dihancurkan.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 160'C selama 10 minit.
Bahan B [Filling ]
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla
Bahan C
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar
2 s/b tepung jagung
Hiasan
strawberry filling
fresh cream
Cara:
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan C dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada Bahan A tadi.
8. Bakar pada suhu 150'C selama 70 minit.
10. Biarkan kek dalam oven beberapa jam.
11. Hiaskan dengan fresh cream dan strawberry filling.
12. Masukkan dalam petisejuk untuk semalaman.
13. Potong gunakan pisau yg telah dipanaskan atas api.
14. Hidangkan